ARTIS KORES

Monday, April 23, 2012

Cari Duit Di Blog


           Setelah beberapa hari nie saya asyik membebel tentang cara terbaik cari duit di internet, cara daftar adsense dengan cepat dan berkesan, perkara-perkara yang patut kita hindari daripada kita di "ban" oleh Google dan tentang istilah-istilah yang ada di Google Adsense. So hari nie saya nak cakap pasal cara memasukkan kod adsense di blog korang...artikel ni saya buat untuk korang yang pakai blogger/blogspot..saya ni suka pakai blogspot..hehe.


Lagipun saya tulis artikel nie untuk korang yang masih tidak mengetahui cara meletakkan kod Adsense di blogger korang. Dengan meletakkan kod Adsense di blog korang ni, maka bermula episod baru dalam hidup korang untuk mencari duit di internet..hehe.. Emm..membebel lagi.. : ) so kita teruskan dengan tutorial meletakkan kod adsense ni korang ni. Korang ikut langkah-langkah ni ok!

Ada 2 cara untuk meletakkan kod Adsense korang ni di blogger iaitu melalui AdSense atau HTML/Javascript.





Untuk ke bahagian AdSense dan HTML/Javascript ni, korang klik Layout dan kemudian klik Add a Page Element.


1. Cara Pertama: AdSense




Klik AdSense kemudian korang setting AdSense mengikut kesesuaian tema website korang lepas tu jangan lupa klik Save Changes. Mudah kan?


Imej di atas adalah contoh kod AdSense yang korang masukkan. Korang boleh letakkan kod adsense korang ni di tempat yang korang rasa strategik dengan drag kod adsense korang tu. Klik Preview untuk lihat website korang dan klik save kalau korang da puas hati dengan penampilan kod adsense di website korang. So kod adsense korang tu da pun siap! Horreyy..simple kan?

2. Cara Kedua: HTML/Javascript


Login ke akaun Google Adsense korang kemudian klik Adsense Setup kemudian korang pilih format iklan yang korang nak pakai sama ada korang nak guna Adsense for content, search box atau referrals. Di tutorial ni saya andaikan korang pilih Adsense for content. Korang boleh tengok imej tu untuk lebih jelas dan mudah faham arahan yang saya berikan.


Seperti yang korang sedia maklum, Adsense for content ni ada 2 jenis iaitu Ad Unit dan Ad Link. Kedua-dua jenis ads ni korang boleh masukkan di website korang. Untuk tutorial korang boleh pilih ad unit kemudian klik button Continue.


Untuk bahagian ni (lihat imej), korang pilih format yang sesuai dengan tema website korang.


Lepas pilih format iklan adsense, korang dibawa ke bahagian channel di mana saya syorkan korang wat channel untuk iklan adsense korang tu untuk memudahkan korang memantau prestasi iklan adsense korang tu.


Setelah korang buat channel klik button Continue seterusnya klik button Submit and Get Code untuk dapatkan kod tersebut dan copy kod tersebut untuk diletakkan di blog korang.


Pastikan korang da copy kod adsense korang tu dan sekarang korang klik ke Layout (lihat arahah sebelum ni) dan klik Add a Page Element kemudian pilih Add to Blog dibahagian HTML/Javascript. Kemudian paste kod adsense yang korang copy dibahagian yang disediakan. Pastu klik Save Changes.


Seperti sebelum ni, kod adsense yang korang masukkan melalui HTML/Javascript ni juga boleh diletakkan dibahagian yang kurang rasa berpotensi untuk korang dapat duit.. : )

0 comments:

Post a Comment